hari ni 9/06/2013 genap 10 hari aku di sini di tanah tumpah darah ku perlis...... memang hati ni rasa berat untuk meninggalkan mak ayah n adik beradik di sini.... tapi perasaan berbahagi.... separuh hati ku di sini dan separuh lagi di sana.... aku jua merindui si dia yang aku tinggalkan selama 10 hari di sana.... untuk kali yang keberapa aku sendiri pun dah x pasti mak minta aku balik sini n stay ngan dia.... in shaa Allah kali ni aku dah bertekad n nekad untuk kembali.... ya im going back for good.... tapi mampukah aku meninggalkan si dia di sana... pening jugak kepala memikirkan hal ni.....
apa2 pun segala keputusan terletak di tangan aku sendiri.... in sha Allah jika dah tertulis jodoh aku dengan si dia... maka di sana la aku akan menetap.... jika tiada jodoh antara kami maka kembali la aku kesini.... tapi bila aku tak pasti cuma keadaan dan masa yang akan menentukan segalanya....segalanya ku serahkan kepada yang Maha Esa.....moga dipermudahkan segalanya untukku....
semoga keputusan yang akan aku buat nanti bakal menggembirakan kedua2 pihak.... si dia belum pun tau lagi tentang niat aku untuk ingin kembali ke sini... aku sendiri tak sanggup nak bagitau.... sesungguhnya aku sedang mengumpul kekuatan untuk memberitahu dia.....seboleh bolehnya aku x ingin untuk mengecewakan hati orang2 yang aku sayang... kerana aku sendiri tau bertapa peritnya rasa itu.....
jam dah pun pukul 3,30 pagi tapi aku masih sukar untuk melelap kan mata... segalanya bermain di fikiran saat ini.... jeles rasanya melihat mak ayah dah lena di buai mimpi... sedangkan aku masih terkebil2..... sesungguh nya terlalu sebak ku rasakan saat ni.... air mata terlalu murah.... mengalir tanpa di minta..... ini lah cik rose.... luaran nampak begitu kental tapi dalaman nya sungguh rapuh....sesungguhnya aku dalam dilema.... banyak hati yang perlu aku jaga.... kadang2 sampai hati sendiri terabai.....
tabah lah wahai cik rose sesungguhnya Allah tidak akan menduga kita melebihi kemampuan kita untuk menanggungnya.... In shaa Allah
Sunday, 9 June 2013
Monday, 3 June 2013
Cekalkan Hatiku
ya allah, saat kau uji aku
dengan ujian yang maha hebat...
hanya titisan air mata mampu ku luahkan
saat kau uji aku
dengan ujian yang maha hebat
aku hanya tersenyum dalam kelam
ya allah saat kau beri ujian yang maha berat
aku hanya ketawa dalam tangisan
ya allah, kadang kaki ini lemah
lemah untuk terus berjalan mencari sinar hidup yang kian pudar
kadang hati ini berbisik kecewa dengan takdir hidup ini
kadang terasa diri ini ingin pergi jauh dari dunia yang penuh dengan tipu helah
kadang jiwa ini meronta ingin keluar dari belunggu kesedihan ini

ampunkan diri ini...
kerana mudah melatah dengan ujian yang engkau beri....
aku hanya manusia biasa
yang harus dan mesti redha dengan coretan dan lakaran hidup ini
dalam tawaku tersembunyi tangisan
dalam gurauku tersembunyi kepedihan
aku bersyukur jika hidupku ini
hanya untuk diuji olehmu
kerana aku tahu, setiap ujianmu
melambangkan kecintaanMU kepadaku.....
apa yang aku mohon..
cekalkan hatiku..
biarkan aku terus hidup dalam kekuatan..
redha dan pasrah menjadi pegangan hidupku....
kutitipkan doa hanya untukMU
kutitiskan air mata hanya untukMU
kuharapkan pertolongan hanya dariMU..
CEKALKAN HATIKU UNTUK TERUS MENJALANI HIDUP INI
Thursday, 30 May 2013
kata maaf dihulur haruskah di sambut... ?
MAAF, MAAF DAN MAAF
satu perkataan yang amat mudah untuk
diluahkan
namun tidak tahukah kita,
bahawa bukan mudah untuk di sambut huluran maaf itu
jika hati sudah remuk, seremuk-remuknya...
berkali kata maaf di luahkan
berkali juga hati kita terluka..
mengapa terluka..?
dek mengimbau dan mengimbas kembali
coretan hitam yang telah di lakar
oleh dirinya kepada diri kita..
ya.. ! memang, kita hanya manusia biasa
terkadang alpa dan terus terbuai dengan nikmat
hidup ini..
terkadang kita membuat silap
tanpa disedari...
memang betul kemaafan memang sukar untuk diberikan
kepada orang yang pernah melukakan hati kita..
tetapi dengan memberi kemaafan sahajalah kita
dapat mengubati luka di hati kita...
di saat ini, tika ini
aku cuba untuk jadi seorang pemaaf...
memaafkan kesilapan orang yang melukakan
dan membunuh hati dan perasaan ini
tetapi semakin diri ini cuba dan terus cuba
untuk memaafkan insan itu
semakin menebal pula luka di hati ini
adakah mungkin luka di hati ini
tidak mampu untuk di ubati walau dengan kata maaf..?
kata maaf dihulur haruskah di sambut... itu persoalannya..:--
Tuesday, 28 May 2013
Dugaan
Dalam
kehidupan,
terkadang kita harus tunduk pada kenyataan...
Terkadang kita
harus tersenyum dalam tangisan...
Terkadang kita harus menangis dalam
senyuman...
Terkadang yang kita sukai sulit untuk dimengerti...
Terkadang yang kita benci makin mendekat di hati..
Yang dihindari
sering mengikuti...
Yang dicari malah menjauh pergi...
Yang diharap
sering tidak datang ...
Yang tak diundang itulah yang berkerumunan...
Yang diharapkan sering terbuang hilang...
Yang harusnya dibuang malah
terus tersimpan...
ITULAH SEBUAH KEHIDUPAN...
Monday, 27 May 2013
KITA TETAP KAWAN
Pagi Isnin 27 /5/2013........ nak tido tapi mata masih x mengantuk lagi..... so jengah la kesini meluah kan apa yang kurasa saat ini.... kali ni entry aku banyak berkisarkan tentang aku dan kamu.....
semalam sesunguhnya aku amat terkejut kerana selalu kamu mmg x pernah menyapa aku sebaliknya aku yang selalu tegur kamu.... dan bila tiba2 hari ni aku belajar untuk menyepikan diri....aku dapat mesej ni di screen telefon ku
9.30 pagi (whatapps)
kamu : salam cik rose
10.30 pagi ( mesej kat phone)
kamu: salam ros
12.57 tengahari (twoo)
kamu: salam rose
kamu : dah lunch
kamu: aii senyap jer tak nak kawan ker
kamu:umm ok lah x nak kawan x per lah
kamu: sorry lah ganggu
awak dah nak kawin....bukan niat saya untuk x nak jawab whatapps or mesej awak.....jauh sekali untuk buang awak sebagai kawan saya tapi...ya memang saya sedang mencuba untuk menjauh kan diri dari awak sebab saya tak nak ganggu hidup awak dengan si dia..... tapi sejujurnya mmg saya x mampu
mmg kalau ikutkan hati nak jer aku jawab semua mesej2 ni tapi aku kuat kan hati agar aku dapat melupakan kamu.....doaku moga kamu bahagia.....

Monday, 20 May 2013
Rossa Crackers
Alhamdulillah bisnes yang dijalankan secara kecil kecilan pada awal puasa tahun lepas kini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan......
* harga tak termasuk kos penghantaran... kos Penghantaran berdasarkan berat barang yang di order mengikut rate pos laju.
Delivery or Self Pick up hanya kawasan Sekitar Kuala Lumpur Sahaja.
Halal, Bersih dab dijamin sedap.. makan sekali pasti nak lg. Untuk tempahan sila PM di Inbox @ SMS/WhatsApp saya Rina 019-4144308 yer....
HOME MADE SAMBAL BILIS & KACANG PEDAS
Harga:-
1/2 kg = RM20.00
1kg = RM35.00
Harga:-
1/2 kg = RM20.00
1kg = RM35.00
HOMEMADE POPIA MINI PEDAS....
Harga:- 1/2 kg = RM 13.00
1 kg = RM 25.00
Harga:- 1/2 kg = RM 13.00
1 kg = RM 25.00
HOMEMADE SIMPUL KASIH..
INTI:: Serunding Ikan Bilis
Harga :-
500 gm - RM 20.00
700 gm - RM 25.00
1 kg - RM 35.00
Harga :-
500 gm - RM 20.00
700 gm - RM 25.00
1 kg - RM 35.00
* harga tak termasuk kos penghantaran... kos Penghantaran berdasarkan berat barang yang di order mengikut rate pos laju.
Delivery or Self Pick up hanya kawasan Sekitar Kuala Lumpur Sahaja.
Halal, Bersih dab dijamin sedap.. makan sekali pasti nak lg. Untuk tempahan sila PM di Inbox @ SMS/WhatsApp saya Rina 019-4144308 yer....
Kepada sesiapa yang nak order, order sentiasa terbuka..sila ke page nie ye Rossa Crackers
Teman Tapi Mesra
Esok nak kerja tapi mata masih tak mau nak pejam lagi..... tangan pulak tiba2 ja gatal nak menulis....tapi sebenarnya otak kosong tak der idea nak menulis sebenarnya.... sedang memikirkan apa yang nak di tulis tiba2 aku teringatkan KAMU.....
entry ni aku buat khas untuk KAMU.....
Kamu..... insan yang hadir dalam hidupku sebagai seorang kawan di waktu yang tidak terduga......seorang yang agak asing bagiku pada mulanya.. kini menjadi seorang kawan yang boleh untuk berkongsi apa saja cerita.....YM menjadi saksi persahabatan kita......kau seorang kawan yang begitu memahami.... kelakar (selalu buat aku tersenyum) ya aku selesa berkawan dengan kau...walaupun kita berbeza umur tapi sangat matang orangnya.....
Kamu.....mengingatkan perbualan kita membuatkan aku tersenyum sendiri.....sahabat maya yang baru aku kenali tapi seperti telah lama persahabatan ini terjalin.....ada saja kata2nya yang akan membuatkan aku ketawa or tersenyum sendiri.... apa yang pasti kami begitu petah berbicara ketika tangan berlabuh di huruf2 keypad.... tapi bila berbual masing2 menjadi kelu untuk berbicara....malu la pulak....last2 masing2 hanya cuma mampu gelak jer.....
Kamu......terima kasih kerana menjadi antara kawan terbaik yang pernah aku ada.....aku sayang kau sebagai sorang kawan yang sentiasa amik berat.. sentiasa bagi nasihat yang berguna...sentiasa guide aku.... apa yang pasti aku sedar antara kita hanya sebagai kawan biasa dan tak kan pernah ada rasa lebih dari itu... kita hanya TEMAN TAPI MESRA.......kawan selamanya...

"Walaupun kau bukan kekasih
tapi bukan sekadar teman biasa
hadir mu membawa cahaya
di hati nan terluka"
tapi bukan sekadar teman biasa
hadir mu membawa cahaya
di hati nan terluka"
Subscribe to:
Posts (Atom)