MAAF, MAAF DAN MAAF
satu perkataan yang amat mudah untuk
diluahkan
namun tidak tahukah kita,
bahawa bukan mudah untuk di sambut huluran maaf itu
jika hati sudah remuk, seremuk-remuknya...
berkali kata maaf di luahkan
berkali juga hati kita terluka..
mengapa terluka..?
dek mengimbau dan mengimbas kembali
coretan hitam yang telah di lakar
oleh dirinya kepada diri kita..
ya.. ! memang, kita hanya manusia biasa
terkadang alpa dan terus terbuai dengan nikmat
hidup ini..
terkadang kita membuat silap
tanpa disedari...
memang betul kemaafan memang sukar untuk diberikan
kepada orang yang pernah melukakan hati kita..
tetapi dengan memberi kemaafan sahajalah kita
dapat mengubati luka di hati kita...
di saat ini, tika ini
aku cuba untuk jadi seorang pemaaf...
memaafkan kesilapan orang yang melukakan
dan membunuh hati dan perasaan ini
tetapi semakin diri ini cuba dan terus cuba
untuk memaafkan insan itu
semakin menebal pula luka di hati ini
adakah mungkin luka di hati ini
tidak mampu untuk di ubati walau dengan kata maaf..?
kata maaf dihulur haruskah di sambut... itu persoalannya..:--