[Mengisahkan seorang anak yg Derhaka kepada ibunya.]
Jamilah 20an, (bukan nama sebenar) adalah seorang isteri yang malang. Beliau telah ditinggalkan suami sebaik sahaja melahirkan anak sulung mereka. Jamilah terpaksa akur dengan nasib yang menimpanya itu.
Mujurlah beliau masih mempunyai ibu bapa yang mengambil berat akan dirinya. Itulah yang dikata kasih sejati seorang ibu. Tiada tolok bandingannya walhal semenjak kita dalam kandungan lagi kasih sayang sudah dicurahkan sepenuh jiwa dan raga.
Setelah Jamilah bergelar janda, Jamilah kembali ke rumah ibunya. Walaupun Jamilah tidak mendapat kasih sayang seorang suami namun beliau bertuah kerana masih mendapat kasih sayang dari ibu sejati.
Jamilah dan anak kecilnya dijaga dan diberikan kasih sayang dengan sempurna. Soal makan dan minum Jamilah dan anaknya tidak menjadi masalah kerana Jamilah masih mempunyai bapa yang masih kuat mengerjakan ladang dan sawah.
Bapa Jamilah keluar bekerja awal pagi dan pulang lewat petang. Manakala ibunya tidak banyak aktiviti di rumah hanya memberi makan haiwan ternakan sahaja. Adik-beradiknya semua sudah berkahwin dan membawa haluan masing-masing.
Jamilah merupakan anak bongsu dalam keluarga, mengenangkan nasib malang Jamilah, sudah tentu perasaan sayu dan kasihan dari ibunya membuak-buak bila melihat anak dan cucu kecilnya tidak terbela.
Usia Jamilah masih remaja walaupun bergelar janda. Zaman remajanya masih lagi belum puas dikecapi tambahan pula fikirannya masih belum matang dalam erti hidup. Jamilah terasa dirinya begitu bebas dan terlepas dari belenggu ketika hidup bersuami dahulu.
Jamilah tidak merasa sebarang kekurangan pada dirinya malah bertambah yakin kerana beliau masih muda dan masih kelihatan cantik. Segala urusan anak kecilnya diserahkan kepada ibu dengan alasan tidak biasa dengan karenah anak kecil.
Sebenarnya Jamilah malas untuk menguruskan anak kecil yang merimaskan. Pada mulanya, ibu Jamilah tidak perasan, maklum sahaja cucu sendiri, tentu tidak terasa bebannya.
Hari berganti hari hidup Jamilah bertambah selesa. Beliau hidup di bawah jagaan yang sempurna. Semua soal makan minum, mengasuh anak kecil dan kerja rumah tangga semuanya diambil alih oleh ibu dan bapanya. Jamilah hanya menolong ala kadar sahaja agar tabiat malasnya tidak nampak ketara.
Perangai Jamilah semakin menjadi-jadi. Melaram dengan pakaian-pakaian fesyen terkini serta bersolek agar sentiasa cantik. Suatu hari, Jamilah telah menyampaikan hasratnya ingin ke pekan untuk mendandan rambut dengan fesyen terkini.
Namun ibunya melarang kerana menurut orang ramai, kandungan bahan mendandan rambut ketika itu diperbuat dari bahan haram yakni lemak babi.
"Ala, bukan nak makan babi tu, hanya sapu atas kepala agar rambut lebih hitam dan berkilat...." Jamilah memberi alasan agar permintaannya ditunaikan.
Namun begitu ibunya tetap melarang. Maka berlakulah satu pertengkaran antara Jamilah dan ibunya sehingga beliau tergamak mengeluarkan perkataan kesat sambil menyumpah-nyumpah ibunya.
"Binatang babi! Binatang anjing!" kata Jamilah semakin berani setelah melihat ibunya mendiamkan diri sambil menitiskan airmata.
Jamilah masih berdegil, nafsunya untuk kelihatan cantik dan bergaya semakin meluap-luap hingga tidak kira lagi soal halal dan haram. Matlamatnya supaya ramai lelaki melihat dirinya cantik macam primadona. Sekaligus saham dirinya akan naik mengatasi anak-anak dara sunti di kampung itu.
Petang itu, bila Jamilah baru pulang dari pekan mendandan rambut, tiba-tiba beliau terdengar suara anak kecilnya menangis kuat teresak-esak. Hati Jamilah naik radang kerana beliau sangka ibunya sengaja membiarkan anaknya begitu kerana ingin membalas dendam.
Dengan bengis, Jamilah terus naik ke rumah dan jadi seperti orang yang dirasuk syaitan, terus meluru ke bilik anaknya yang menangis itu. Anaknya diambil dan diletakkan di satu sudut di dapur dan terus menuju ke bilik ibunya untuk bertindak sesuatu.
Mulutnya tidak henti-henti mengomel sambil menyumpah-nyumpah. Sebaik sahaja beliau masuk, kelihatan ibunya sedang mengerjakan solat. Kerana terlalu marah, dikala ibunya sedang sujud, beliau bertindak menendang ibunya sambil berkata
"Oi babi, anjing, beruk! Tak boleh harap....menyusahkan orang, celaka!"
Ibunya yang jatuh tersungkur di hadapan sejadah bangun mengaduh dan terpinga-pinga. Beliau tidak tahu apa sebabnya Jamila tiba-tiba naik angin.
Setelah beberapa lama berlinanganlah airmata ibunya apabila menyedari perkara sebenar. Sebenarnya bukan niat ibunya membiarkan cucunya itu menangis keseorangan, ketika itu beliau sedang bersembahyang, maka terpaksalah membiarkan budak itu sebentar.
Sudah seberapa daya beliau menyegerakan solatnya setelah sedar cucunya menangis kuat, namun belum sempat selesai solat, Jamilah terlebih dahulu datang menyepak punggungnya.
Hati ibu mana yang tak hancur remuk mengenangkan anaknya yang sampai hati dan tergamak melakukan sebegitu terhadapnya berbanding kasih sayang yang telah dicurahkan secukupnya demi anak tercinta.
Ibu mana yang tidak sayangkan anak....dalam keadaannya yang sakit seluruh sendi akibat tersungkur atas tikar sembahyang tadi, beliau telah berdoa pada Allah agar dapat diampun dosa anaknya itu.
Dengan takdir Allah, tiba-tiba Jamilah berteriak dari arah dapur. Macam sesuatu yang telah berlaku pada Jamilah mahupun cucunya. Dengan lemah longlai, tergesa-gesa beliau pergi mendapatkan Jamilah.
Jeritannya sungguh kuat hingga jiran berdekatan dapat mendengarnya. Tambah terkejut apabila kami semua menyaksikan seutas rantai besi tiba-tiba sahaja keluar memecah lantai dapur dan melilit dan merantai kaki Jamilah dengan kuat. Jamilah menjerit kesakitan dan anak yang dikendong terlepas dalam dakapannya.
Ibu Jamilah separuh pengsan melihat keadaan Jamilah sebegitu. Jelas Nek Mariam yang merupakan salah seorang yang menyaksikan keajaiban Allah Yang Maha Esa itu.
Maka berduyun-duyunlah orang kampung datang untuk membantu melepaskan cengkaman rantai besi yang melilit kemas di kedua-dua kaki Jamilah.
Bertungkus-lumus orang cuba memotong besi itu namun tidak berjaya. Jamilah meraung sekuat-kuat hati kerana terlalu sakit. Akibatnya darah tidak berhenti mengalir membasahi lantai dapur.
Setelah beberapa jam berlalu, rantai besi yang mempunyai kekuatan luar biasa itu masih juga tidak boleh dileraikan dari kaki Jamilah. Akibat pendarahan yang banyak, Jamilah meninggal di situ juga dengan riak muka yang amat menakutkan.
Ibu Jamilah terpaku tidak mampu melakukan apa-apa. Beliau sedar itulah balasan Allah terhadap anaknya, cuma beliau tidak menyangkakan secepat itu.
"Anehnya, sebaik sahaja Jamilah meninggal, rantai itu terurai dengan sendiri lalu masuk kembali ke dalam tanah. Kami semua begitu terpegun dan berasa insaf dengan apa terjadi. Itulah balasan Allah terhadap seorang anak yang derhaka," sambung Nek Mariam sambil menitiskan airmata.
Jenazah Jamilah diuruskan seperti biasa dan dikebumikan. Upacara membaca ayat suci Al Quran di atas kubur selama 7 hari memang sering dilakukan oleh masyarakat di Pantai Timur dan menjadi satu upacara kebiasaan kepada sesiapa yang baru dikebumikan. Semasa orang-orang kampung bergilir-gilir membaca Al Quran, maka satu lagi petunjuk dari Allah terjadi.
Pada waktu hampir subuh, mereka terdengar satu suara yang meraung-raung dari arah liang lahat. "Mak ooiii.....!! Ayah ooiii!! Tolonglah...! Allah Tuhanku....minta tolong...! Mak ....ayah...tolonglah!" suara mendayu-dayu itu sungguh menyeramkan dan tidak henti-henti," cerita Nek Mariam lagi.
Salah seorang dari mereka bertindak memberitahu pada ibu Jamilah akan suara itu yang mereka syak datang dari arah liang lahat. Dengan bantuan jiran-jiran berdekatan, mereka segera ke kubur Jamilah untuk menggali kubur itu kerana mereka sangkakan Jamilah masih hidup.
Setelah digali, alangkah terkejutnya bila melihat jasad Jamilah yang kaku dan berbalut itu telah bertukar rupa. Kepalanya menjadi kepala seekor babi! MasyaAllah.... Ramai orang menyaksikannya....satu lagi keajaiban yang sengaja Allah ingin memperlihatkan pada hamba-hambanya.
Bertambah sedih dan sayu hati ibu Jamilah melihat keadaan anaknya begitu....Malam itu beliau bermimpi, Jamilah datang kepadanya dengan keadaan yang amat buruk dan daif sambil berkata:
"Tak payahlah ibu mengadakan kenduri arwah untuk saya, kerana saya telah terkeluar daripada Islam...." menyedari hakikat itu ibunya begitu terkejut dan tak henti-henti menangis sambil berdoa kepada Allah agar mengampuni dosa anaknya itu.
"Maka tiadalah kenduri arwah dibuat untuk Jamilah. Itulah cerita tentang balasan Tuhan terhadap hambanya yang berdosa. Dosa pada Tuhan mungkin dapat diampunkan jika kita bertaubat nasuha, tetapi dosa pada manusia, lebih-lebih lagi kepada kedua ibu-bapa, harus kita sendiri memohon ampun dan maaf....Jika tidak tanggunglah dosa itu dan akan dikira dan dibalas setimpal di akhirat kelak..." Nek Mariam mengakhiri ceritanya yang penuh keinsafan sesuai untuk kita semua....wallahualam.
Thursday, 28 March 2013
Tuesday, 26 March 2013
Peristiwa Pahit Di Bulan February
17 february 2013
Peristiwa yang agak menakutkan berlaku dalam hidup aku.... tapi actually salah aku jugak sebenarnya... pukul 10 malam aku keluar rumah nak gi beli topup... dekat jer kedai tu 5 minit ja dari rumah aku... jalan kaki jer... memang selalu pun aku keluar gi beli topup waktu malam.... kebetulan nak dijadikan cerita pas beli topup and on da way nak balik aku dah perasan ada satu motor ni dok follow belakang aku... slow jer motor tu tapi aku biasa la buat derk jer la... x amik kisah pun.. bersangka baik la konon...then sampai kat simpang nak masuk ker rumah aku...tempat tu gelap sikit mmg x der lampu pun...then mamat motor tu berenti sebelah aku... 2 orang...
mat motor : dik
aku: yer
kemudian dia terus keluarkan pisau rambo n minta purse aku... aku pun terus tergamam n tak tau nak buat apa la pisau kot.. aku pun terus ja bagi purse aku n mamat tu pun terus blah... aku kelu sekejap.. then aku terus balik umah n bagi tau adik aku... aku pun x tau nak kata aku kena ragut ka..samun ka...rompak ka... pastu kitaorg pun terus la gi buat laporan kat balai polis yang terdekat...nk kata trauma mmg aku trauma n takut la sepanjang malam aku x boleh tido perasaan sedih bercampur baur...aku call kawan2 rapat n bos aku... aku bagi tau aku kena samun... diaorg semua terkejut la...
18 february 2013
Aku amik el sebab nak settle kan ic and kad bank aku... nasib baik la buat ic baru tu free ja sebab aku belum pernah hilang lagi n ada laporan polis...alhamdulillah proses semuanya berjalan lancar n tanpa sebarang masalah... guna la ic sementara tu selama 2 minggu...selepas semua settle aku pun balik rumah tapi seriously nak makan pun x lalu masa tu...ari mata x suah cakap la berlumba2 nak keluar masa tu... sedih sangat2.....
19 february 2013
Aku gi sekolah seperti biasa... tapi seboleh bolehnya aku x nak kecohkan hal nie... n memang ramai yang x tahu pun... sebab aku nie jenis kalau ramai yang bertanya aku akan lagi tension.... salah satu sebab yang aku x suka nak bercerita apa bila ada yang bertanya sebegini:
si A: macam mana boleh jadinya?
aku: aku pun bercerita la dari a sampai z
si A: habis tu bagi x purse tu?
Aku : (dalam hati) apa punya soalan daa... aku pun tanya dia balik ... kalau akk la kat tempat saya akk bagi tak purse tu?
si A: dengan muka tersengeh2 aaaa bagi la...
Aku: tu la jawapan dia....
benda2 macam nie yang aku fedup aku dah la tengah sedih tok sah la nak tanya soalan2 yang mmg x logik lain la kalau aku nie ada kuasa magik yang membuatkan aku boleh menghilangkan diri so mmg aku x bagi la...seriously aku tension dengan soalan2 sebegitu...masalahnya bukan seorang yang bertanyankan soalan macam tu.... hello u guys are smart enough ok... be like matured one...
dah sebulan lebih peristiwa tu berlaku tapi sekarang nie mmg aku dah takut nak keluar waktu malam... apa2 pun tunggu esok pagi jer la... tapi aku percaya setiap apa yang berlaku tu ada hikmahnya... mungkin ada kesalahan aku dimana2 so Allah tarik dah rezeki aku kat situ....Aku redha dan pasrah...Buat penyamun2 yu semoga diberikan taufik dan hidayah untuk mereka dan semoga ada ruang keinsafan dihati mereka aamiin.....
Monday, 25 March 2013
KISAH BUDAK PENJUAL KUIH
Selepas seminggu beraya di kampung, saya
pulang ke Kuala Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk, saya menyusuri
laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa
menga...ntuk,
saya singgah sebentar di sebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik
memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki berusia lebih kurang 12
tahun muncul dihadapan.
"Abang nak beli kuih?" katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya.
“Tak apalah dik... Abang dah pesan makanan," jawap saya ringkas.
Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja.
"Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa menghampiri meja saya.
"Abang baru lepas makan dik. Masih kenyang lagi ni," kata saya sambil menepuk-nepuk perut.
Dia beredar, tapi cuma setakat di kaki lima. Sampai di situ, di meletakkan bakulnya yang masih sarat. Setiap yang lalu ditanya, "Tak nak beli kuih saya bang, pak cik, kakak atau makcik?"
Molek budi bahasanya! Mamak restoran itu pun tidak menghalang dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan di hati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha. Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya.
Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu, membetulkan duduk dan menutup pintu. Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman. Saya turunkan cermin, membalas senyumannya.
"Abang dah kenyang, tapi mungkin abang perlukan kuih saya untuk adik-adik abang, ibu atau ayah abang." katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya.
Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul perasaan kesian di hati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya.
"Ambil ni dik! Abang sedekah. Tak payah abang beli kuih tu," Saya berkata ikhlas kerana perasaan kasihan meningkat mendadak. Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya. Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya.
Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-kanak itu.
"Kenapa bang nak beli kuih ke?" tanyanya.
"Kenapa adik berikan duit abang tadi pada pengemis tu? Duit tu abang bagi adik!" Kata saya tanpa menjawap pertanyaannya.
"Bang saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!" katanya begitu lancar.
Saya sebak, sekaligus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu.
"Abang nak beli semua ke?" Dia betanya dan saya cuma mengangguk. Lidah saya kelu nak berkata.
"RM25 saja bang."
Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu.
Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan. Dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatimkah? Siapakah wanita berhati mulia yang melahirknya? Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kasihan, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapat menjadikan kerjayanya satu penghormatan.
Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkan saya, siapa kita sebenarnya!

Thursday, 21 March 2013
Luahan Rasa
Sekadar luahan rasa dari Cik Rose..... Ada seorang cik kak kat tempat kerja aku ni... orgnya dah berumur, berpelajaran tinggi DG 48 lagi tapi dia ni "berangin satu badan" sesuka hati dia ja nak ceria ker nak moody ker..... tapi aku malas nak amik port sangat lantak dia la...Ada masa2nya dia mmg baik ngan aku...cik kak ni sebenarnya dah berstatus mak aji pun...tapi apa yang aku kurang suka sikit tentang dia ni ialah sikap dia yang kurang nak bermuhasabah diri tu....nak marah n melenting sesuka hati dia ja....segala kemahuan dia org kena ikut.... satu lagi kalau dia nak mintak aku tolong dia... aku mesti kena tolong...dia ingat aku ni kuli ker apa.... berangin la jugak...
Aku ni nak kata baik sangat tu x la jugak... aku pun ada tahap kesabaran aku sendiri....ramai jugak yang bertanya macam mana cik roseboleh bersabar ngan sikap dia...jawapan aku satu ja...sikit2 aku boleh tahan la malas nak gasuh2 tapi jangan melampau sudah la.... tapi 2 tahun lepas meletus gak kemarahan aku dengan sikap dia...dah tak boleh sabar dah...setahun jugak kami x bertegur sapa...tapi sekarang dah ok la....cuma tu la kadang2 tu sikap dia x pernah berubah still macam tu jugak....
Semalam masa aku sampai kat sekolah and baru nak letak beg n nak duduk...she just pass by and ask me..
she: sibuk x?
me: kenapa?
she: sibuk x?(volume dah meninggi)
me: kenapa?
dia terus blah macam tu ja...so aku cakap lantak la ada aku kesah...malas nak amik port...ko nak sentap ker nak marah ker nak tunggang terbalik ker do what u want to do...malaas nak amik pusing....tu la salah satu sikap dia yg paling aku x suka.... x pernah ada adab kalau nak mintak tolong orang... bukan sekali macam tu tapi dah hampir 9 tahun sejak aku kenal dia......kisah tu habis kat situ....then kul 12 tengahari aku pun nak gi kantin lapar...on da way terserempak dia kat tengah jalan... tengah menjinjing bekas air...so aku pun bermanis la muka tegur..
me: dari mana dengan air bagai ni...
she: tu la akk tanya tadi sibuk x...
me: mana org tau x cakap pun pastu akk blah macam tu ja...
she: x per la nak gi mana ni?
me : makan lapar
she:ok balik karang singgah bilik akk
me: ok
pas makan aku singgah la opis borak punya borak aku lupa nak singgah kat tempat cik kak tu....
so hari ni pagi tadi pas letak beg kat bilik aku...aku pun pi la nak sarapan kat kantin.... so bertembung lagi ngan cik kak tu....aku senyum jer la dia boleh buat muka dek je kat aku... marah kot sebab aku x gi bilik dia semalam....so lantak la kak oiit aku malas la nak pening2 kepala pikir benda2 ni kalau ko rasa nak marah aku pun marah la....kita bukan nya budak kecik lagi sikit2 nak sentap x tentu hala....tadi tengahari pun aku jumpa kawan2 dia...aku pun tanya la sorang kak senior ni DG54.... tapi kakak ni.mmg baik org nya diaorg semua dalam bilik tu pun faham ngan peel dia
me: kak apa kena ngan kawan kak sorang tu macam bad mood ja
kak m: tu la kak pun x tau sehari 2 ni mood x elok ja
me: aku pun story la kisah semalam n pagi ni kat kak m....dia gelak ja dia kata kata aku..
kak m: besa la rose kita semua dah faham pun peel dia kan
aku: senyum ja la....
tu lah....kadang2 aku x faham ngan sikap manusia ni...semua orang ada masalah masing2 kan tapi x yah lah nak lepaska tahap kemarahan awak tu kat org lain...aku sendiri pun banyak gak masalah tapi cool ja boleh lagi gelak2 senyum2...
banyak pulak aku membebel hari ni..
ok lah tu ja yg aku nak story...sekadar luahan rasa ari hati cik rose dipetang khamis ni...
Wednesday, 20 March 2013
En Compaq masuk bengkel
En Compaq dah mula meragam hari nie.... so kena hantar masuk bengkel dah la.... dia bersama aku sejak dari tahun 2007.... bagus En. Compaq dia dia tak bawak banyak masalah pun sepanjang bersama aku... cuma bateri dia ja dah kong n aku x ganti pun he..he...
so 2,3 hari ni susah sikit la nak menconteng di sini... aku sayang En Compaq ni sebab dia dah banyak berjaga dengan aku.... so sepanjang dia masuk bengkel ni terpaksa la aku memggunakan perkhidmatan En.S pulak.... so please be nice yer En.S While En. Compaq gone....
ni la rupanya keypad En Compaq he...he....ganas x aku..ha..ha...jangan salah faham...ni.semua kerja anak buah aku... pantang aku tinggal kejap habis dikopeknya huruf2 kat keypad tu... x pasal2 rongak hu..hu....

Tuesday, 19 March 2013
In Shaa Allah
Tahun nie in shaa Allah kalau umur panjang bulan 11 nie genap la 33 tahun.... masih sendiri..terus sendiri dan mungkin selamanya akan bergini..... oppps jangan buat kesimpulan dulu.... aku x pernah menyalah takdir atas semua ni....ada sebab kenapa Allah jadi aku sendiri sebegini.... semua tu rahsia Allah... cukup la aku rasa usaha aku sampai disini.... bukan bermaksud aku menyerah kalah..... kerana aku yakin
Mungkin belum tiba masanya untuk aku diberi seseorang yang mampu untuk menyayangi aku seadanya aku....tapi x per...sebab aku yakin ...
Buat masa nie biarlah aku simpan dulu kunci nie nie di suatu tempat / buang jauh2 ....agar suatu hari nanti jika ada seseorang yang menjumpainya dan dia la pemilik kunci itu.... buat masa ini atau suatu ketika yang lama biarlah aku terus begini.... Semoga suatu masa nanti yang menentukan ... esok...bulan depan..tahun depan... hanya Allah ada jawapanNya In shaa Allah...Janji Allah Itu Pasti untuk setiap umatnya...Cuma apa yang pasti kita kena sentiasa mendekatkan diri Pada Yang Maha Esa

Sunday, 17 March 2013
Jangan Bersedih
Jika anda sedang bersedih, ingatlah
sesungguhnya,
Kuatkan diri kita, dengan berfikirkan positif,
yakinlah,berserah kepada Allah dengan berdoa.
yakinlah
Thursday, 14 March 2013
semoga kau berubah
hari nie aku dikunjungi oleh bekas boss aku nak kata boss sangat tu x la jugak pangkat tinggi sikit ja dari aku.... ya i admit it we dont have any chemistry at all... she was my worst night mare i ever had.... setahun bekerja sama ngan dia was so terrible.... suka sangat cari salah orang macam dia sorang ja yang paling perfect....
Dia pindah penghujung tahun 2008... teramat la suka aku n kawan2 ku pada masa tu kami siap buat pulut kuning lagi masa tu.... ok the case was close since she 's gone aku pun x nak ingat dah benda2 yang lalu.... biarlah the past is past no need to remember.... tapi pertengahan tahun 2011 macam tu la saya sorang kawan kat FB aku dia mesej kat aku
A: salam awak kenal x si polan bt si polan
Aku: waalaikum salam .. kenal kenapa ? my x boss
A: dia ada citer pasal awak kat saya
Aku: cerita apa?
A: cerita yang agak x sedap didengar... tapi x per la x elok rasanya saya nak bg tau....
Aku: (dalam hati panas jer) tak per la macam nie awak nilai lah sikap dia sendiri kat sana... saya pun malas nak cerita keburukan orgkan sebab saya pun bukannya baik sangat
A: awak x cerita pun saya tau dia macam mana
antara perbualan aku ngan staff dia kat sana...aku dah terlupa langsung dah hal dia tup..tup... aku dengar lagi dia masih dok jaja kisah aku yang aku tak tau apa kisahnya.... u will never change....sebab tu bila dia datang hari nie aku x rasa aku boleh nak terima dia sebab perangai dia mmg teruk... tadi aku dengar pun datang2 jer makmal sahabat2 dia dah dok cerita keburukan x laki dia yang nak gi umrah tu.... nauzubillah x per la semoga kau akan berubah....

Wajah Kesayangan Hamba
dah 2 hari kot aku x menconteng kat sini....patut la terasa gatal jer tangan nie.... he.he....tak tau nak conteng apa tapi terasa nak menconteng.... so ni lah wajah2 kesayangan aku.....Walaupun apa yang terjadi they are my first priority.... walaupun kadang2 biasa la ada perselisihan faham itu lah lumrah kehidupan... air yang di cincang x akan putus :)
My soul, My love and My everything.....
Family abang aku yang sulung |
Family Kakak No. 2 - waiting for the new family member |
Adik Aku No.3 |
Tuesday, 12 March 2013
Kerinduan
Budak ni nama dia oyen... sempena bulu dia kaler oren... ni antara kucing kesayangan aku dan adik aku .... tapi syang umur dia x panjang.... tapi aku agak lupa macam mana dia mati... di racun mungkin.... masa dia mati aku x der kat kampung.... oyen nie manja budaknya serius sedih bila aku tau dia dah meninggal... menangis aku.... oyen nie asalnya kucing terbuang ja tapi adik aku bela dia sampai la berat terakhir sebelum dia mati 5kg masa tu....
Nie Cik Tam ... Kucing kesayangan aku dia ratu tido....tapi sayang umur dia pun x panjang dia mati kena langgar ngan keta kakak aku.... hu..hu.... nangis lagi masa tu... budak nie mmg bela dari kecik waktu mak dia bersalin pun aku yang jadi bidan tukang potong tali pusat depa ho....ho....Sedih ooo kehilangan kucing yang aku sayang nie....
Dik Cik ngan Baby dia |
Dik Cik ngan abang dia Jantan |
Monday, 11 March 2013
Edisi Touching
10.52 aku baru balik dari solat dhuha kat surau.... n aku tgk ada miscall dari MAK.....11.04 am... telefon berdering lagi .... mak call kebetulan aku pun dah lama x call mak.... he..he... maaf mak....
sembang punya sembang mak bertanya kan perihal En .A....opps tak terjawab gak pada mulanya... tapi aku terpaksa berterus terang... maaf mak x der jodoh... mak agak terkejut dia tanya kenapa ... and aku tak der jawapan untuk persoalan mak.... aku tau mak kecewa dari riak kata2 dia mmg mak agak kecewa lagi... maaf kan aku mak...anak mak yang nie jodoh dia lambat sungguh.....sesungguhnya aku rasa berdosa membuatkan mak sedih
tapi bila mak cakap x per lah dah x der jodoh nak buat gena... so agak ada perasaan lega kat situ.... yer la mak mana yang x risau anak pompuan dia dah 33 tahun tapi masih sendiri..... ikutkan aku dah malas sebenarnya tapi pikir mak sian pulak....
Tapi yang kelakarnya mak siap pesan ngan aku kalau nak cari biar yang bujang JANGAN LAKI ORANG...... he..he... faham mak org pun x nak takut oooooo..Aku tau mak memang mengharapkan sangat nak tgk anak dia yang ni kawin . tak per la mak in shaa Allah ada jodoh orang kawin ler......Allah bagi masa untuk aku balik umah mak puas2 dulu x payah fikir time nak devide balik umah satu lagi he..he....
Apa2 pun orang sayang mak.... buat masa nie biarlah orang sayang mak dulu... sementara kasih sayang ni belum dibahagi dua lagi kan he..he.....Tapi serius sedih bila mak cakap dia sentiasa mendoakan aku..... wah touching ooooo nasib baik aku sorang2 kat lab tadi
sembang punya sembang mak bertanya kan perihal En .A....opps tak terjawab gak pada mulanya... tapi aku terpaksa berterus terang... maaf mak x der jodoh... mak agak terkejut dia tanya kenapa ... and aku tak der jawapan untuk persoalan mak.... aku tau mak kecewa dari riak kata2 dia mmg mak agak kecewa lagi... maaf kan aku mak...anak mak yang nie jodoh dia lambat sungguh.....sesungguhnya aku rasa berdosa membuatkan mak sedih
tapi bila mak cakap x per lah dah x der jodoh nak buat gena... so agak ada perasaan lega kat situ.... yer la mak mana yang x risau anak pompuan dia dah 33 tahun tapi masih sendiri..... ikutkan aku dah malas sebenarnya tapi pikir mak sian pulak....
Tapi yang kelakarnya mak siap pesan ngan aku kalau nak cari biar yang bujang JANGAN LAKI ORANG...... he..he... faham mak org pun x nak takut oooooo..Aku tau mak memang mengharapkan sangat nak tgk anak dia yang ni kawin . tak per la mak in shaa Allah ada jodoh orang kawin ler......Allah bagi masa untuk aku balik umah mak puas2 dulu x payah fikir time nak devide balik umah satu lagi he..he....
sila abaikan bertapa bulatnya aku pada masa nie ok...... |
Pesan Pada Diri
Jangan Tersalah Memberikan HATI
Pada Insan Yang Tak Sudi
Pada Insan Yang Tak Mengerti
Kerana Sekali Kau Memberi
Selamanya Dia Di HATI
Apabila Sesekali Kau Dilukai
Sampai Bila-Bila Kau Akan Tetap Ingati
Pesan Pada Diri
Berhati-hati Dalam Memberikan Hati
Berikan Pada Insan Yang Tau Menghargai
Sebab Nilai Sekeping HATI Amatlah Tinggi
Jangan Membuatkan HATI rasa di nodai....
Isnin 11/03/2013......kejap jer masa berlalu dah hampir ker pertengahan bulan march dah pun....ari ni aku cadang nak gi amik ic... dah siap pun sebab dah hampir 3 minggu dah.... tapi fikir2 balik macam suntuk pulak masa nya takut org ramai jer kat jpn tu... so aku decide baik aku gi hari jumaat ni jer la... mintak ngan bos tolak waktu rehat untuk hari tu so boleh la masuk lambat sikit.... he.he...
lately aku sedikit risau sebab almost every night aku susah sangat nak tido.....selalu aku dapat tido 3 or 4 jam jer semalam.....bila aku tanya pakcik google tadi keburukan kurang tido waktu malam aku jumpa nie....
Menurut kajian, kekurangan tidur boleh menyebabkan masalah kesihatan seperti:-

- Berbanding wanita yang tidur 8 jam sehari, risiko untuk mendapat penyakit jantung meningkat dengan kekurangan tidur. 7 jam tidur risiko meningkat 10%, 6 jam tidur risiko meningkat 20%, 5 jam tidur risiko meningkat 50%.
- Jika terlebih tidur contohnya 9 jam risiko juga meningkat sebanyak 38%.
- Setiap 1 jam kekurangan tidur setiap malam akan meningkatkan deposit kalsium dalam saluran darah arteri sebanyak 16%.
- 27% daripada mereka yang tidur kurang dari 5 jam setiap malam menampilkan plak berlemak (atherosclerotic plaque) pada jantung.
- 11% daripada mereka yang tidur 5 hingga 7 jam setiap malam menunjukkan penyekatan aliran darah.
- Hanya 6% daripada mereka yang tidur lebih 7 jam setiap malam mengalami penyekatan aliran darah (atherosclerosis).
- Tidur dalam jangkamasa yang pendek menyebabkan degupan jantung dan tekanan darah pada kadar purata selama 24 jam yang menyebabkan sistem kardiovaskular berfungsi pada tekanan tinggi. Ini akan memberi kesan kepada kesihatan jantung dan otak. Tidur yang mencukupi perlu untuk membenarkan jantung berdegup perlahan dan tekanan darah boleh menurun pada kadar yang sewajarnya untuk jantung manusia berfungsi.
- 24% individu yang tidur waktu malam yang kurang dari 5 jam lebih mudah mendapat stress atau tekanan melampau berbanding hanya 12% bagi yang tidur 7 hingga 8 jam.
- Semakin singkat waktu tidur seseorang , semakin tinggi risiko untuk mengalami masalah obesiti.
- Berjaga pada waktu malam juga akan akan meningkatkan selera makan pada waktu malam dan ini akan mengundang pelbagai masalah kesihatan yang tidak diingini.
Sunday, 10 March 2013
zzzzzzz
Hari nie hari mengantuk sedunia bagi Cik Rose.... Asyik nak zzzzzz jer kali ni sakit kepala sebab over sleep... hu..hu...hu..... asal letak kepala jer terus nak tido... tadi konon2 nya buat la secawan kopi x nak bagi ngantuk mmmmm hampeh habis jer kopi tu terus belayar x ingat dunia ni baru bangun ha..ha...ha.... bagus dok ada.... tambah2 hujan pulak nie jap lagi ada yang buat kilang taik mata lagi ni... aduh la confirm malam karang jadi burung hantu nie....
Saturday, 9 March 2013
Hari Sabtu Yang Memenatkan
Phewwww.... penat sungguh hari nie.... dah la semalam dapat 3 jam jer tido 2.30 pagi 5.30 pagi then bangun siap untuk gi kerja....sampai rumah tadi pun dah kul 5 petang + hujan plak tu... lepas solat asar jer apa lagi aku just nampak tilam n bantal jer la.... selamat belayar sedar2 jer dah maghrib....
mmg tau tak elok tido petang.... tapi bila sampai time tak boleh nak bukak mata dah... mmg lantak lah semua tu...Serius letih n kepala pun weng2 dah mmg dah x boleh pikir dah la... apa yang penting aku nak ZZZZZZZZ... and aku berjaya tido dengan lenanya la.... ha...ha...ha....Cik Rose...Cik Rose
And bila dah tido petang nie aku harap cik mata x buat perangai lagi la malam nie tapi kalau dia nak buat perangai jugak x per la esok still cuti boleh la tido pagi esok ja ha..ha....
Tapi serius suka gak hari nie sebab untie2 cleaner to cakap cik rose makin hari makin cantik n makin kurus ha..ha.... they adore me..... perasan sangat la kau Cik Rose....But i admit it bukan senang nak dapatkan shape sekarang... struggle jugak la dalam masa setahun nie.... Aku nie dah la x kuat disiplin punya orang... orang kata hangat2 taik ayam jer pun.... tapi alhamdulillah la berjaya la jugak mengecik kan diri dari saiz 3 or 4 tahun dulu.... Congrates to me....

Friday, 8 March 2013
3G
Kenangan terindah bersama korang x kan penah padam dan akan tersemat di lubuk hati yang paling dalam...sesungguh nya cik rose amat merindui kalian Walaupun 2 makcik ni isteri orang tapi kami selalu hangout sama2....... rindunya saat2 semasa korang ada ngan aku kat lokman dulu rasanya dah hampir 4 tahun berlalu....Sehingga kini susah untuk aku mencari sahabat terbaik seperti korang......
My feveret.....
You told me how proud you were but I walked away
If only I knew what I know today
I would hold you in my arms
I would take the pain away
Thank you for all you've done
Forgive all your mistakes
There's nothing I wouldn't do
To hear your voice again
Sometimes I want to call you but I know you won't be there
I'm sorry for blaming you for everything I just couldn't do
And I've hurt myself by hurting you
Some days I feel broke inside but I won't admit
Sometimes I just want to hide 'cause it's you I miss
You know it's so hard to say goodbye when it comes to this
Would you tell me I was wrong?
Would you help me understand?
Are you looking down upon me?
Are you proud of who I am?
There's nothing I wouldn't do
To have just one more chance
To look into your eyes and see you looking back
I'm sorry for blaming you for everything I just couldn't do
And I've hurt myself
If I had just one more day, I would tell you how much that
I've missed you since you've been away
Oh, it's dangerous
It's so out of line to try to turn back time
I'm sorry for blaming you for everything I just couldn't do
And I've hurt myself
By hurting you
Cik Rose dan masalah tido waktu malam.....
kenapalah aku susah nak tido waktu malam...
jeles sungguh kalau tengok sesetengah orang tu pantang letak kepala jer terus hanyut.....
serius sesungguhnya aku JELES ok.....
kadang2 tu bersemangat sungguh aku nak tido... kul 9 dah siap landing atas katil dah.... tapi endingnya pukul 12 pun belum tentu aku dapat tido lagi terkebil2 mata nie.... siap baca doa tidur n doa pelindung diri lagi tapi x jugak mau tido..... satu lagi kalau la tido pun, dalam 2 atau 3 jam mesti aku akan terbangun n susah nak tido balik... benci betul.... setiap malam macam tu la rutin aku....
bila bercerita orng akan berkata esok dah ada partner tu ok la tu.... masalahnya esok2 tu lain citer la ni masa sekarang nie....
The main point is mungkin aku banyak berfikir kot.... fikir pasal masa depan..pasal keluarga... pasal macam2 lah.....orang cakap nak senang tido elakkan tido siang... masalah aku mmg jarang tido siang yer la dah kerja macam mana nak tido siangkan....setiap malam aku tido lebih kurang 4 or 5 jam jer setiap hari.... a very bad quality of sleep.... mmg teruk...kalau tgk tv pun.... jarang la tv tu yang tgk aku selalunya mesti habis satu cerita... tu pun x mengantuk lagi....
Banyak dah tips yang aku jumpa bila terjah2 blog org... tapi satu pun x jalan untuk aku....tak tau la macam mana aku nak kurangkan masalah tido aku nie....
Antara petua yang aku jumpa
1) Lupakan urusan kerja dan jangan terlalu banyak fikir
-urusan kerja mmg x bawak balik umah pun taoi aku banyak fikir bab lain kot...
2) Elakkan meletak Tv dalam bilik tido
- ha..ha..ha... yang nie mmg x boleh la mati kering jap lagi bosan weh
3) Elakkan dari mengambil kafien
- masalahnya mmg x amik pun tapi tetap jugak susuh nak tido... so apa kes???
4) Lakukan aktiviti senaman di waktu petang
- penah jugak buat ari tu....mmmmmm jawapan dia sama jugak
5) Pastikan bilik tidor dalam keadaan tenang, gelap dan selesa
- tenang dan selesa tu dah ok.... bab gelap tu masalah sikit sebab cik rose takut gelap....
6) Elakkan tido siang
- mmg x tido pun....
Tido..Tido..Tido... satu masalah sungguh bagi Cik Rose... dah tak der idea dah macam mana nak dapatkan tido malam yang berkualiti

Again....
Kena attack ngan soalan cepumas di petang jumaat....Tapi hari ni Cik Rose dah malas nak menjawab segala persoalan tersebut..... letih dah weh....
salam pagi jumaat
Sekadar sebuah perkongsian di pagi walaupun hampir tengahari dah nie.....
بسم الله الرØمن الرØيم
Solat Sunat Wudhu'
Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sesungguhnya
ummatku itu akan dipanggil pada hari kiamat dalam keadaan bercahaya
wajahnya dan amat putih bersih tubuhnya dari sebab bekas-bekasnya
berwudhu'. Maka dari itu, barangsiapa yang dapat di antara engkau semua
hendak memperpanjang -yakni menambahkan - bercahayanya, maka baiklah ia
melakukannya - dengan menyempurnakan berwudhu' itu sesempurna mungkin." (Muttafaq 'alaih)
Jadi selepas kita
berwudhu, elok kalau kita dapat luangkan masa sekejap saja untuk
tunaikan solat sunat wudhu' sebanyak 2 rakaat itu. Kalau tak dapat
baca surah-surah panjang selepas fatihah, baca je surah
al-Kafirun(Qulya) di rakaat pertama dan surah Al-Ikhlas(Qulhuwallah)
selepas fatihah di rakaat ke 2. Ambil masa sekejap sahaja actually sebelum kita mula nak sambung balik apa2 kerja lain.
Ada sabda Rasulallah yang menyebut:
Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w berkata kepada Bilal:
"Hai
Bilal, beritahukanlah kepada saya dengan suatu amalan yang paling
engkau harapkan pahalanya serta yang engkau amalkan dalam Islam, kerana
sesungguhya saya mendengar suara derap kedua terumpahmu di hadapanku di
dalam syurga." Bilal menjawab: Saya tidak melakukan sesuatu amalan yang
lebih saya harapkan di sisiku daripada kalau saya habis bersuci sesuatu
sucian dalam waktu malam ataupun siang, melainkan saya tentu
bersembahyang dengan sucianku itu, sebagaimana yang ditentukan untukku -
yakni setiap habis berwudhu' lalu melakukan shalat sunnah wudhu'." (Muttafaq 'alaih)
Jom
sama-sama kita menambah amalan berpandukan sunnah Rasulallah s.a.w....
kita cuba hidupkan sunnah Nabi s.a.w setiap hari, biar jadi istiqamah
dan rutin dalam kehidupan, moga akan lebih terasa bermakna hidup kita
sebagai hamba Allah yang mengharapkan hanya keredhaan-Nya......
Thursday, 7 March 2013
Before & Now
Before |
After |
I'M FINE.......
Hidup x akan lari dari segala masalah... cuma kadang2 kita yang suka lari dari masalah....Penghujung tahun 2012 dan di awal tahun 2013 aku di duga dengan dugaan yang agak berat untuk aku tanggung..tapi berkat sokongan rakan2 n family aku berdiri kembali.....Luaran nya nampak macam happy tapi dalamannya.... its ok EVERYTHING HAPPEN FOR A REASON SO DEAL WITH IT.... Its part of my life.... senang untuk mengungkapkannya tapi memerlukan ketabahan untuk melaluinya.....
Seorang kawan pernah berkata aku nampak ok walaupun di duga sebegini....im just smile and say hanya Allah yang tahu hati aku saat ini....untuk menangis dihadapan orang bukanlah aku.....
This is the best quote for me right now......
HATI jangan la bersedih lagi...aku dipilih ALLAH swt untuk melalui semua ini....sbg umat yang lemah serba kekurangan, aku redha walaupun hakikatnya perit utk terima...DIA punya sebab tersendiri kenapa aku yg perlu jalani semua ini...ORANG KATA "Sesungguhnya Allah tidak akan menduga seseorang itu melebihi daripada kemampuannya"...DIA lebih mengetahui.....dan setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya....
Apa yang aku tahu.....
Tak Semua Duka Itu Derita
Tak Semua Kecewa Itu Sengsara
Kerana Disebalik Duka Dan kecewa
Ada Bahagia Kurniaan Yang Maha Esa
post permulaan yang agak emo dari cik rose..... the next episode nanti kita cerita pasal aku dan si pembuli yang mencabar aku untuk menulis yer.... watch out encik pembuli.....
..
Subscribe to:
Posts (Atom)