Thursday, 21 March 2013

Luahan Rasa

Sekadar luahan rasa dari Cik Rose..... Ada seorang cik kak kat tempat kerja aku ni... orgnya dah berumur, berpelajaran tinggi DG 48 lagi tapi dia ni "berangin  satu badan" sesuka hati dia ja nak ceria ker nak moody ker..... tapi aku malas nak amik port sangat lantak dia la...Ada masa2nya dia mmg baik ngan aku...cik kak ni sebenarnya dah berstatus mak aji pun...tapi apa yang aku kurang suka sikit tentang dia ni ialah sikap dia yang kurang nak bermuhasabah diri tu....nak marah n melenting sesuka hati dia ja....segala kemahuan dia org kena ikut.... satu lagi kalau dia nak mintak aku tolong dia... aku mesti kena tolong...dia ingat aku ni kuli ker apa.... berangin la jugak... 

Aku ni nak kata baik sangat tu x la jugak... aku pun ada tahap kesabaran aku sendiri....ramai jugak yang bertanya macam mana cik roseboleh bersabar ngan sikap dia...jawapan aku satu ja...sikit2 aku boleh tahan la malas nak gasuh2 tapi jangan melampau sudah la.... tapi 2 tahun lepas meletus gak kemarahan aku dengan sikap dia...dah tak boleh sabar dah...setahun jugak kami x bertegur sapa...tapi sekarang dah ok la....cuma tu la kadang2 tu sikap dia x pernah berubah still macam tu jugak....

Semalam masa aku sampai kat sekolah  and baru nak letak beg n nak duduk...she just pass by and ask me..
she: sibuk x?
me: kenapa?
she: sibuk  x?(volume dah meninggi)
me: kenapa?
dia terus blah macam tu ja...so aku cakap lantak la ada aku kesah...malas nak amik port...ko nak sentap ker nak marah ker nak tunggang terbalik ker do what u want to do...malaas nak amik pusing....tu la salah satu sikap dia yg paling aku x suka.... x pernah ada adab kalau nak mintak tolong orang... bukan sekali macam tu tapi dah hampir 9 tahun sejak aku kenal dia......kisah tu habis kat situ....then kul  12 tengahari aku pun nak gi kantin lapar...on da way terserempak dia kat tengah jalan... tengah menjinjing bekas air...so aku pun bermanis la muka tegur..
me: dari mana dengan air bagai ni...
she: tu la akk tanya tadi sibuk x...
me: mana org tau x cakap pun pastu akk blah macam tu ja...
she: x per la nak gi mana ni?
me : makan lapar
she:ok balik karang singgah bilik akk
me: ok
pas makan aku singgah la opis borak punya borak aku lupa nak singgah kat tempat cik kak tu....

so hari ni pagi tadi pas letak beg kat bilik aku...aku pun pi la nak sarapan kat kantin.... so bertembung lagi ngan cik kak tu....aku senyum jer la  dia boleh buat muka dek je kat aku... marah kot sebab aku x gi bilik dia semalam....so lantak la kak oiit aku malas la nak pening2 kepala pikir benda2 ni kalau ko rasa nak marah aku pun marah la....kita bukan nya budak kecik lagi sikit2 nak sentap x tentu hala....tadi tengahari pun aku jumpa kawan2 dia...aku pun tanya la sorang kak senior ni DG54.... tapi kakak ni.mmg baik org nya diaorg semua dalam bilik tu pun faham ngan peel dia
me: kak apa kena ngan kawan kak sorang tu macam bad mood ja
kak m: tu la kak pun x tau sehari 2 ni mood x elok ja
me: aku pun story la kisah semalam n pagi ni kat kak m....dia gelak ja dia kata kata aku..
kak m: besa la rose kita semua dah faham pun peel dia kan
aku: senyum ja la....

tu lah....kadang2 aku x faham ngan sikap manusia ni...semua orang ada masalah masing2 kan tapi x yah lah nak lepaska  tahap kemarahan awak tu kat org lain...aku sendiri pun banyak gak masalah tapi cool ja boleh lagi gelak2 senyum2...
banyak pulak aku membebel hari ni..

ok lah tu ja yg aku nak story...sekadar luahan rasa ari hati cik rose dipetang khamis ni...

No comments:

Post a Comment