Sekadar sebuah perkongsian di pagi walaupun hampir tengahari dah nie.....
Solat Sunat Wudhu'
Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sesungguhnya
ummatku itu akan dipanggil pada hari kiamat dalam keadaan bercahaya
wajahnya dan amat putih bersih tubuhnya dari sebab bekas-bekasnya
berwudhu'. Maka dari itu, barangsiapa yang dapat di antara engkau semua
hendak memperpanjang -yakni menambahkan - bercahayanya, maka baiklah ia
melakukannya - dengan menyempurnakan berwudhu' itu sesempurna mungkin." (Muttafaq 'alaih)
Jadi selepas kita
berwudhu, elok kalau kita dapat luangkan masa sekejap saja untuk
tunaikan solat sunat wudhu' sebanyak 2 rakaat itu. Kalau tak dapat
baca surah-surah panjang selepas fatihah, baca je surah
al-Kafirun(Qulya) di rakaat pertama dan surah Al-Ikhlas(Qulhuwallah)
selepas fatihah di rakaat ke 2. Ambil masa sekejap sahaja actually sebelum kita mula nak sambung balik apa2 kerja lain.
Ada sabda Rasulallah yang menyebut:
Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w berkata kepada Bilal:
"Hai
Bilal, beritahukanlah kepada saya dengan suatu amalan yang paling
engkau harapkan pahalanya serta yang engkau amalkan dalam Islam, kerana
sesungguhya saya mendengar suara derap kedua terumpahmu di hadapanku di
dalam syurga." Bilal menjawab: Saya tidak melakukan sesuatu amalan yang
lebih saya harapkan di sisiku daripada kalau saya habis bersuci sesuatu
sucian dalam waktu malam ataupun siang, melainkan saya tentu
bersembahyang dengan sucianku itu, sebagaimana yang ditentukan untukku -
yakni setiap habis berwudhu' lalu melakukan shalat sunnah wudhu'." (Muttafaq 'alaih)
Jom
sama-sama kita menambah amalan berpandukan sunnah Rasulallah s.a.w....
kita cuba hidupkan sunnah Nabi s.a.w setiap hari, biar jadi istiqamah
dan rutin dalam kehidupan, moga akan lebih terasa bermakna hidup kita
sebagai hamba Allah yang mengharapkan hanya keredhaan-Nya......
No comments:
Post a Comment