Selepas seminggu beraya di kampung, saya
pulang ke Kuala Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk, saya menyusuri
laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa
menga...ntuk,
saya singgah sebentar di sebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik
memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki berusia lebih kurang 12
tahun muncul dihadapan.
"Abang nak beli kuih?" katanya sambil
tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup
bakul kuih jajaanya.
“Tak apalah dik... Abang dah pesan makanan," jawap saya ringkas.
Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang
20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan
lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu
begitu saja.
"Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa menghampiri meja saya.
"Abang baru lepas makan dik. Masih kenyang lagi ni," kata saya sambil menepuk-nepuk perut.
Dia beredar, tapi cuma setakat di kaki lima. Sampai di situ, di
meletakkan bakulnya yang masih sarat. Setiap yang lalu ditanya, "Tak
nak beli kuih saya bang, pak cik, kakak atau makcik?"
Molek
budi bahasanya! Mamak restoran itu pun tidak menghalang dia keluar
masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa
kagum dan kasihan di hati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha.
Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun
orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya.
Selepas membayar
harga makanan dan minuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak
itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka
pintu, membetulkan duduk dan menutup pintu. Belum sempat saya
menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia
menghadiahkan sebuah senyuman. Saya turunkan cermin, membalas
senyumannya.
"Abang dah kenyang, tapi mungkin abang perlukan
kuih saya untuk adik-adik abang, ibu atau ayah abang." katanya petah
sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul
dengan menyelak daun pisang penutupnya.
Saya tenung wajahnya,
bersih dan bersahaja. Terpantul perasaan kesian di hati. Lantas saya
buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan
padanya.
"Ambil ni dik! Abang sedekah. Tak payah abang beli
kuih tu," Saya berkata ikhlas kerana perasaan kasihan meningkat
mendadak. Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan
terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya
gembira dapat membantunya. Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya
mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu
menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang
buta kedua-dua matanya.
Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-kanak itu.
"Kenapa bang nak beli kuih ke?" tanyanya.
"Kenapa adik berikan duit abang tadi pada pengemis tu? Duit tu abang bagi adik!" Kata saya tanpa menjawap pertanyaannya.
"Bang saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya
mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah
berikan tulang empat kerat pada saya. Kalau dia tahu saya bawa duit
sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah.
Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat
bang!" katanya begitu lancar.
Saya sebak, sekaligus kagum
dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus
bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu.
"Abang nak beli semua ke?" Dia betanya dan saya cuma mengangguk. Lidah saya kelu nak berkata.
"RM25 saja bang."
Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya
hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu.
Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan. Dalam
perjalanan ke Kuala Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya
statusnya. Anak yatimkah? Siapakah wanita berhati mulia yang
melahirknya? Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi
atas dasar kasihan, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapat
menjadikan kerjayanya satu penghormatan.
Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkan saya, siapa kita sebenarnya!
Terharu baca cerita ni...buat panduan untuk diri sndiri & orang lain...semoga budak tu & keluarganya sentiasa di murahkan rezeki & di rahmati... amin =)
ReplyDelete~Admin : QasehMuslimah-Munirah~
http://qasehmuslimah-munirah.blogspot.com
tu la semoga menjadi pengajaran untuk semua
ReplyDeletebest2... banyak pengajaran...
ReplyDeletesekadar renungan bersama... dan amik pengajaran dari citer nie...
ReplyDelete